Resipi Kerutuk Ayam Atau Daging Terengganu Bahan Bahan | Gula Nisan / Kerek Asli Terengganu

Resipi Kerutuk Ayam Atau Daging Terengganu Bahan Bahan

Jul 01, 2020
Resipi Kerutuk Ayam Atau Daging Terengganu Bahan Bahan

Resipi Kerutuk Ayam atau Daging( Terengganu)

Bahan-Bahan
1 ekor ayam dipotong.
2 cawan santan
4 sudu kerisek
10 tangkai cili kering
9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1 bungkus rempah kerutuk adabi
1 bungkus rempah kari adabi
1/2 kerek Gula nisan
Air, Minyak & Garam.

Langkah-langkah
Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering (yang telah direbus) dikisar. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Masukkan rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula nisan/kerek.

Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk dan sedikit air, kacau. Kemudian masukkan ayam gaul dan masukkan kerisik, santan. Kacau hingga pekat dan agak kering.

Siap untuk dihidang.

Untuk pembelian gula nisan / gula kerek boleh terus ke: bit.ly/gulanisan