Resipi Rendang Ayam - Mudah dan cepat untuk disediakan.
1 ekor ayam
1/2 kg santan
2 sudu besar kerisik
Daun kunyit
Daun limau purut
Air asam jawa
4 batang serai - ketuk
Garam
Gula kerek / Gula nisan
Minyak untuk menumis
Bahan kisar
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
2 inci lengkuas
2 inci Halia
3 inci kunyit
3 biji cili padi
3 sudu besar cili kisar
2 biji buah keras
Tumis serai, daun limau purut dan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kemudian masukkan ayam yang telah dibasuh bersih, garam dan reneh sehingga ayam agak kecut.
Masukkan santan, gula kerek dan kerisik. Sambung masak sehingga pekat dan akhir sekali masukkan daun kunyit sebelum kecilkan api.
Biar seketika sehingga pecah minyak.
Siap untuk dihidang.